fbpx

Faisal Halim adakan sidang media khas esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal Halim

PETALING JAYA – Peminat bola sepak tanah air boleh ‘mengubat kerinduan’ apabila tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim dijangka muncul buat kali pertama esok sejak menjadi mangsa simbahan asid bulan lalu.

Kosmo! difahamkan, pemain berusia 26 tahun itu bakal menghadiri sidang media khas di Shah Alam esok bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai tahap kesihatannya.

Proses sidang media yang dianjurkan Selangor FC itu juga mungkin akan dikawal ketat pegawai keselamatan selain pohak berkuasa.

Untuk rekod, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lepas sehingga disahkan melecur tahap empat.

Kecederaan pemain yang mesra dengan gelaran Mickey itu pada awalnya agak kritikal tetapi kian stabil selepas melakukan empat pembedahan susulan di hospital swasta di Shah Alam.

Namun, proses pemulihan Faisal berjalan lebih cepat daripada jangkaan dan dibenarkan keluar dari hospital sejak 25 Mei lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI