fbpx

Euro 2024: Portugal fokus tiga aksi kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PORTUGAL berikrar untuk kembali merampas trofi Euro pada edisi kali ini selepas muncul juara pada 2016 lalu. - AFP

PORTUGAL melakukan persiapan terbaik untuk menghadapi Euro 2024 terutama bagi merealisasikan misi mereka untuk membawa semula trofi kejohanan ke Lisbon selepas kali terakhir memenanginya pada 2016.

Justeru, skuad A Selecao telah melakukan perincian terbaik bermula aksi di peringkat Kumpulan F lagi untuk memastikan mereka tidak tercicir maklumat mengenai lawan yang mereka akan tempuh nanti.

Portugal akan membuka kempen Euro 2024 dengan menentang Republik Czech pada 18 Jun sebelum menentang Turki dan Georgia untuk melengkapkan aksi peringkat kumpulan.

Ketua Jurulatih Portugal, Roberto Martinez berkata, pasukannya bergantung kepada setiap butiran walaupun ia kecil kerana percaya itu akan menentukan nasib mereka dalam mencapai misi untuk muncul pemenang pada edisi kali ini.

Langkah pertama yang diambil Martinez adalah bertemu dengan semua pemainnya sebelum mengumumkan skuad pertamanya pada awal 2023 sebaik dilantik sebagai pengendali baharu pasukan itu.

“Sebelum mengendalikan Portugal, saya mempunyai pengalaman lain. Apa yang saya pelajari ialah saya tidak boleh bekerja tanpa bertemu mereka (pemain). Semua orang mengenali pemain, semua orang boleh mengikuti mereka, kami mempunyai kemudahan sekarang untuk melihat semua yang dilakukan oleh pemain, dalam latihan dan juga dalam permainan.

“Tetapi, anda perlu bertemu orang di belakang pemain. Jadi, saya mendapat senarai 26 pemain Portugal dan saya pergi untuk bertemu setiap pemain. Bagi saya adalah sangat penting untuk mempunyai titik permulaan dengan semua orang.

“Kami mempunyai dua perlawanan kelayakan dan sejak hari pertama saya perlu berjumpa pemain sebelum saya memanggil mereka.

“Mampu memenangi kejohanan besar adalah bergantung kepada setiap butiran. Anda perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang tidak dijangka. Kami mempunyai tiga perlawanan di Euro dan itu adalah penentu sejauh mana kami boleh melangkah.

“Saya sentiasa merasakan pemenang kejohanan besar sentiasa berkaitan dengan perjalanan mereka dalam tiga perlawanan itu. Jadi, anda perlu memberikan terbaik setiap perlawanan,” katanya.

Dalam pada itu, Martinez turut mendakwa terdapat tujuh pasukan boleh memenangi Euro 2024

“Saya fikir terdapat tujuh pasukan mampu menggegar Euro 2024. Jerman dan Itali pergi ke setiap kejohanan dengan percaya bahawa mereka sepatutnya menang.

“Mereka sentiasa kompetitif. Kemudian England, Sepanyol, Perancis, Belgium dan Portugal. Terdapat tujuh negara yang masing-masing harus percaya mereka boleh pergi jauh,” katanya.

Pada Euro nanti, Portugal akan mendapat manfaat daripada pengalaman luas sensasi veteran, Cristiano Ronaldo ke dalam skuad mereka selain turut dibantu Bruno Fernandes, Bernardo Silva Goncalo Ramos, Diogo Jota serta Pedro Neto.

INFO
NAMA PASUKAN : Portugal
JURULATIH : Roberto Martinez
GELARAN : A Selecao
PENCAPAIAN : Juara 2004
RANGKING : No. 6 dunia
KUMPULAN : Kumpulan F- Republik Czech, Turki dan Georgia.

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL

Rui Patricio (Roma)
Jose Sa (Wolves)
Diogo Costa (Porto)

PERTAHANAN

Nelson Semedo (Wolves)
Antonio Silva (Benfica)
Danilo Pereira (PSG)
Joao Cancelo (Barcelona)
Ruben Dias (Manchester City)
Pepe (Porto)
Goncalo Inacio (Sporting Lisbon)
Diogo Dalot (Manchester United)
Nuno Mendes (PSG)

TENGAH

Joao Palhinha (Fulham)
Bruno Fernandes (Manchester United)
Ruben Neves (Al Hilal)
Vitinha (PSG)
Joao Neves (Benfica)
Matheus Nunes (Manchester City)
Bernardo Silva (Manchester City)

PENYERANG

Goncalo Ramos (PSG)
Joao Felix (Barcelona)
Rafael Leao (AC Milan)
Francisco Conceicao (Porto)
Cristiano Ronaldo (Al Nassr)
Diogo Jota (Liverpool)
Pedro Neto (Wolves)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI