fbpx

EPL: Alex Ferguson kemuka calon pengurus buat United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG masih menghitung nasibnya bersama United apabila pihak pengurusan masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya. - AFP

MANCHESTER – Pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson dikatakan mendesak pengurusan tertinggi pasukan supaya membuat keputusan segera berhubung masa depan pengendali, Erik Ten Hag.

Pada ketika ini, pegawai-pegawai teknikal United masih belum selesai melakukan penilaian terhadap prestasi bekas pengendali Ajax itu, sekali gus meletakkan kedudukan Ten Hag dalam keadaan tidak selamat.

Bagaimanapun, Ferguson sudah memiliki calon tersendiri untuk dikemukakan kepada pemilik bersama United, Sir Jim Ratcliffe dan difahamkan individu tersebut adalah bekas pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino.

Meskipun dianggap gagal mencapai sasaran ditetapkan ketika mengemudi The Blues, namun Ferguson tertarik dengan gaya kepimpinan pengurus yang pernah membawa Tottenham Hotspur ke final Liga Juara-Juara itu.

Dalam pada itu, Pochettino juga memberikan respons positif berhubung spekulasi tersebut selain mengakui, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk kembali bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Saya sentiasa bertenaga dan secara jujur, kami (Chelsea) menamatkan saingan musim lalu dengan keputusan yang agak baik. Buat masa sekarang, saya hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Bagaimanapun, sekiranya ada tawaran yang datang, kami sedia untuk mendengar dan mengadakan rundingan. Saya tidak menolak peluang untuk kembali (ke Liga Perdana) selagi ia berkait dengan bola sepak,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI