PETALING JAYA – Peguam Fahmi Abd. Moin dan Mahmud Jumaat yang mewakili ibu dan bapa bapa kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiiin tiba di Kompleks Mahkamah di sini sebentar tadi.
Kedua-dua pengamal undang-undang itu tiba pada pukul 11.15 pagi.
“Saya dimaklumkan untuk hadir ke mahkamah. Saya tidak boleh komen apa-apa,” kata Fahmi ringkas.
Terdahulu, datuk kepada Zayn Rayyan tiba di Kompleks Mahkamah di sini sebentar tadi.
Mereka tiba pada pukul 10.55 pagi yang mana terdiri daripada bapa dan ibu yang juga datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan.
Difahamkan ibu kepada Zayn Rayyan yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan juga telah tiba lebih awal dengan menaiki sebuah van.
Terdahulu, Kompleks Mahkamah di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak pukul 7.30 berhubung kes reman ibu bapa Zayn Rayyan yang dibunuh.
Sebelum ini pasangan itu ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.
Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.
Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. -KOSMO! ONLINE