fbpx

Dua keldai dadah hadapi pertuduhan, edar dadah 38.85 kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu di bawa ke Mahkamah Majistret Sepang bagi pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine akhir bulan lalu. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

SEPANG – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 38.85 kilogram (kg) akhir bulan lalu.

Tertuduh masing-masing dikenali sebagai Shamsuddin Fung Muhamad Tai Keong, 36, dan Vincent Wong Siang Hee, 34.

Berdasarkan kertas pertuduhan, suspek ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Aras 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kira-kira pukul 6.30 pagi pada 30 Mei lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan di baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua tertuduh faham pertuduhan sebaik kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Majistret, Muhammad Bukhori Md Ruslan kemudian menetapkan 10 September depan bagi sebutan semula kes termasuk mendapatkan laporan kimia.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi.

Berdasarkan laporan polis, salah seorang suspek ditahan ketika membawa dua bagasi berisi dadah di KLIA2 manakala, seorang lagi suspek di tahan di sebuah hotel berdekatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, kedua-dua supek adalah duda dan bekerja sebagai juruteknik manakala seorang lagi penganggur.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki terbabit mempunyai rekod ke Sarawak dari KLIA2 sebanyak tujuh kali sejak Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI