fbpx

Datuk, nenek Zayn Rayyan pula ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK dan nenek Zayn Rayyan ketika hadir ke Mahkamah Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Polis menahan datuk dan nenek Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Menurut sumber, pasangan suami isteri tersebut ditahan selepas menghadiri prosiding merekod pengakuan ibu kanak-kanak itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pukul 2.30 petang tadi.

“Reman terhadap kedua-dua individu ini mungkin dibuat esok bagi membantu siasatan,” katanya kepada Kosmo!

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, pasangan tersebut ditahan di kawasan Subang Bestari.

“Ya. Datuk dan nenek (Zayn Rayyan) ditangkap pada pukul 2.30 petang hari ini di Subang Bestari,” katanya.

Tambah beliau, proses reman akan dibuat esok di Mahkamah Petaling Jaya.

Dalam pada itu, peguam bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd. Moin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI