fbpx

Daftar ibadah korban dengan Maybank Islamic MyQurban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendaftaran bagi Maybank Islamic MyQurban boleh dibuat dari sekarang hingga 19 Jun.

PETALING JAYA – Maybank Islamic Berhad melancarkan MyQurban iaitu perkhidmatan kewangan digital yang menawarkan kemudahan di hujung jari kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha.

Menerusi kenyataan Maybank Islamic Berhad, MyQurban memberi pilihan kepada pelanggan untuk menyertai korban di luar Malaysia dengan kos lebih mampu milik, melalui kerjasama dengan empat pembekal korban iaitu Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM), EZQurban, Aqiqah Centre dan Aqiqah4u.

“Antara kelebihan platform MyQurban ini adalah pelanggan dapat menikmati diskaun RM20 bagi setiap pesanan bahagian korban yang dibuat. Selain itu, Maybank Islamic turut menjadikan ibadah korban tahun ini lebih bermakna melalui inisiatif kempen ‘sadaqah’ (sedekah).

“Dengan setiap bahagian korban yang dipesan oleh pelanggan, pihak Maybank Islamic akan memadankan sumbangan tersebut dan seterusnya dana berkenaan disalurkan kepada Mercy Malaysia untuk misi kemanusiaan di Palestin,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Muzaffar Hisham berkata, sebagai peneraju perbankan Islam di Malaysia, pihaknya sentiasa menginovasi perkhidmatan untuk memberi pelanggan menyempurnakan kewajipan termasuk ibadah korban.

“Insiatif MyQurban salah satu cabang di bawah teras penyucian harta dari sudut perancangan kekayaan Islam di Maybank Islamic.

“Justeru, kami berharap semoga lebih ramai lagi pelanggan tampil membuat pesanan korban mereka di platform MyQurban kerana semakin banyak pesanan korban yang dibuat, semakin tinggi dana yang dapat kita sumbangkan bersama-sama untuk membantu saudara kita di Palestin,” katanya.

MyQurban adalah salah satu solusi di bawah rangkaian penuh produk dan perkhidmatan pengurusan kekayaan Islam Maybank Islamic merangkumi lima teras pengurusan kekayaan iaitu penghasilan, pengumpulan, perlindungan, penyucian dan pengagihan kekayaan.

Kempen ini telah dilancarkan pada satu acara eksklusif untuk pelanggan Maybank Islamic Private Wealth dengan penampilan tetamu istimewa, Mufti Menk iaitu ulama tersohor dunia.

Pendaftaran bagi Maybank Islamic MyQurban boleh dibuat dari sekarang hingga 19 Jun melalui maybank.my/myqurban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI