fbpx

Biden akur keputusan juri sabitkan kesalahan anak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN (tengah) dan anaknya (kanan) di Pangkalan Pengawal Udara Kebangsaab Delaware, New Castle semalam. - Foto AFP 

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyatakan bahawa beliau menghormati keputusan panel juri yang mensabitkan kesalahan jenayah berkaitan senjata api ke atas anak lelakinya, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Panel juri seramai 12 orang mendapati Hunter Biden, 54, bersalah kerana berbohong mengenai penggunaan dadah pada borang yang diisi semasa membeli pistol pada 2018. 

Dia berdepan hukuman penjara berikutan keputusan itu.

Ia juga merupakan pendakwaan jenayah pertama membabitkan anak Presiden AS yang masih berkhidmat.

Biden terbang ke Wilmington, negeri Delaware, selepas keputusan diumumkan, di mana beliau dilihat memeluk Hunter sejurus mendarat.

“Saya seorang Presiden, namun saya juga seorang bapa. Saya dan Jill (isteri) menyayangi anak kami, dan kami sangat berbangga dengan lelaki itu pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Hunter didapati bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan jenayah di sebuah mahkamah di Delaware ketika Biden berkempen untuk pemilihan semula jawatan Presiden yang akan berlangsung pada November depan.

Keputusan itu juga diputuskan kurang dua minggu selepas saingannya bagi merebut jawatan itu, Donald Trump, disabitkan dengan jenayah sogokan wang di New York. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI