fbpx

Batu Puteh: Tun M nafi buat keputusan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau membuat keputusan secara bersendirian berhubung tindakan menarik balik permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman Batu Puteh pada 2018, sebaliknya ia diputuskan oleh Kabinet ketika itu.

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, beliau hanya memberikan pandangan untuk tidak meneruskan rayuan keputusan tersebut selepas menerima nasihat dan taklimat daripada perunding serta pakar perundangan.

“Saya tak pernah buat apa-apa keputusan bersendirian, saya baca kesemua laporan termasuk laporan kes-kes terdahulu, mereka beri pendapat bahawa kes kita lemah, itu ditulis dalam satu surat.

“Brendan Plant (konsultan) datang jumpa saya dan terangkan kepada saya tentang kedudukan, beliau berpendapat bahawa kes kita itu lemah dan tiada ‘silver bullet’ untuk tentukan kita dapat kemenangan,” katanya menerusi sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI