fbpx

Bas ekspres terbalik, 7 termasuk pemandu selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bas ekspres terbabas dalam kejadian di tol Jalan Duta, Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Tujuh termasuk seorang pemandu bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di tol Jalan Duta, Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 6.17 pagi tadi.

Katanya, sebuah jentera dengan kekuatan empat anggota keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Manjalara digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah
bas ekspres terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

“Kemalangan tersebut melibatkan mangsa seramai tujuh orang penumpang lelaki dewasa,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Jelasnya, mangsa yang berada di dalam bas telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan selamat.

“Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan. Seterusnya mangsa
diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI