fbpx

35 maut bangunan didiami buruh asing terbakar di Kuwait

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan keselamatan berada di luar bangunan terbakar di Bandar Raya Kuwait hari ini. – AFP

BANDAR RAYA KUWAIT – Lebih 35 orang terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas kebakaran berlaku pada waktu subuh di sebuah bangunan yang menempatkan hampir 200 pekerja asing di Kuwait, kata pegawai hari ini.

Kementerian Kesihatan berkata, 43 orang cedera dalam kebakaran di kawasan Mangaf, selatan Bandar Raya Kuwait yang padat dengan buruh asing.

“Kami menerima laporan kebakaran pada tepat pukul 6 pagi (waktu tempatan) di kawasan Mangaf,” kata Ketua Jabatan Keterangan Jenayah, Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Eid Al-Owaihan.

“Bagi kematian di bangunan di belakang saya, jumlahnya telah melebihi 35 setakat ini,” tambahnya ketika melawat lokasi kejadian.

Beberapa imej dari tempat kejadian menunjukkan jelaga hitam memenuhi bahagian luar bangunan enam tingkat yang menempatkan 196 pekerja, demikian menurut maklumat yang diberikan kepada menteri oleh majikan mereka.

Kuwait yang kaya dengan hasil minyak, mempunyai sejumlah besar pekerja asing dengan kebanyakannya dari Asia Selatan dan Tenggara. Sebahagian besar daripada mereka bekerja dalam industri pembinaan atau perkhidmatan.

Sementara itu, menurut sumber Jabatan Bomba Am, mangsa mengalami sesak nafas akibat terhidu asap yang semakin banyak selepas kebakaran berlaku di tingkat bawah.

Eid berkata, pasukan forensik sedang bekerja di lokasi kejadian dan telah mengenal pasti tiga mayat setakat ini.

Kerakyatan semua mangsa belum diumumkan, manakala pemilik bangunan berkenaan ditahan bagi membantu siasatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI