fbpx

Warga emas antara 70 penagih diberkas AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu ditahan dalam serbuan yang dijalankan AADK di sekitar Selangor, semalam.

KAJANG – Seramai 70 individu termasuk seorang warga emas berusia 65 tahun dipercayai penagih dadah diberkas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menerusi operasi yang dijalankan di sekitar Selangor di sini, semalam.

Jurucakap AADK berkata, individu ditahan membabitkan lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 65 tahun yang didapati sedang leka berkhayal di empat ‘port’ dadah berasingan.

Menurutnya, kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai pemandu lori, pekerja kilang dan penganggur.

“Operasi dijalankan di beberapa lokasi yang dikenal pasti susulan risikan selama tiga minggu hasil maklumat daripada beberapa tangkapan awal sebelum ini.

“Serbuan dijalankan di sekitar Kajang, Balakong dan Semenyih,” katanya kepada dalam kenyataan, hari ini.

AADK berkata, lokasi terbabit sudah kerap kali diserbu pihaknya namun dikesan kembali aktif sejak kebelakangan ini.

“Kebanyakan mereka yang ditahan menggunakan dadah jenis methaphetamin atau lebih dikenali sebagai syabu dan heroin.

“Dadah ini dipercayai dijual pada harga sekitar RM50 hingga RM150 bergantung kepada jenis,” katanya.

Katanya, seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis turut ditahan bagaimanapun individu disyaki pengedar berjaya melarikan diri.

Tambahnya, berikutan itu, seramai 29 individu direman 11 hari di Pusat Tahanan Reman (PTR) Tampin, Negeri Sembilan manakala selebihnya dibebaskan dengan jaminan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI