fbpx

Ulang siar video ‘saya ulang hari ini menang, esok harga minyak turun’ tidak wajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kewangan di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri menyifatkan adalah tidak wajar beberapa pihak mengaitkan langkah penyasaran subsidi diesel dengan ucapan beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakaman video yang menyebut ‘saya ulang hari ini menang, esok harga minyak turun’ ketika ini sengaja dimainkan semula bagi mengelirukan rakyat.

Katanya, harga minyak ketika itu adalah jauh lebih murah berbanding ketika ini.

Beliau berkata, pada masa itu, harga berkenaan lebih tinggi berbanding pengeluar minyak antaranya Arab Saudi.

“(Rakaman video) yang mengatakan saya ulang hari ini menang, esok harga minyak turun.

“Saya sebut itu tahun 2008 kerana harga minyak di Arab Saudi sekitar 50 sen manakala kita RM1.80.

“Sekarang kos sudah bertambah RM2.05 di Arab Saudi dan kita RM2.95, minyak murah ini hanya di Brunei,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI