fbpx

Tiga sekolah antarabangsa gegar MCKK Premier 7’s

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN penaja yang memberikan komitmen dalam penganjuran Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7’s yang bakal berlangsung hujung bulan ini.

KEJOHANAN Ragbi MCKK Premier 7 sebelah (7’s) kembali menggegar arena sukan tanah air selepas 24 sekolah termasuk penampilan sekolah dari luar negara bersedia untuk memburu gelaran keseluruhan bermula pada 28 Jun ini nanti.

Kejohanan anjuran Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) tersebut dijangka berlangsung sengit menerusi penampilan tiga sekolah di luar negara iaitu Sekolah Guanyin (Taiwan), SMA Darunnajah (Indonesia) dan Seiko Suzuka (Jepun).

Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan, Amrul Hazarin Hamidon mengakui kejohanan selama tiga hari itu pasti sengit terutama kehadiran pasukan pencabar dari luar negara serta sekolah-sekolah terbaik di Malaysia.

“Semua pasukan sangat kuat tahun ini dan kami tahu semua pasukan dari Malaysia sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaik bagi merebut gelaran juara keseluruhan pertandingan ini. 

“Sudah pasti, kehadiran pasukan dari Taiwan yang kali pertama membuat penampilan pada kejohanan ini akan menghangatkan lagi saingan edisi kali ini,” katanya ketika ditemui Majlis Pelancaran Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7’s di Kuala Lumpur.

Pertembungan merebut gelaran juara keseluruhan bakal melibatkan bekas juara edisi-edisi sebelum ini iaitu, SMK Jalan Tiga (ARAS), Maktab Sultan Abu Bakar (EC) Johor Bahru, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dan tuan rumah, MCKK yang bersedia untuk merebut Trofi NJ Ryan dan Anugerah Pemain Terbaik Zaharuddin Alias.

Selain itu, pesaing hebat seperti Maktab Tentera Diraja (MTD), SMK Victoria (VI) Kuala Lumpur dan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya, akan turut beraksi merebut gelaran kejohanan.

Edisi tahun lalu mempamerkan kejutan apabila SMK Jalan Tiga (ARAS) dinobat juara baharu kejohanan pada penampilan sulungnya selepas menewaskan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) 24-0 di final. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI