fbpx

TFC pulang tajaan RM1.5 juta XFOX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sabri (kiri) menyaksikan majlis gimik penajaan XFOX kepada TFC di Pejabat TFC, Kuala Nerus pada kelmarin.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) bertindak membatalkan penajaan bernilai RM1.5 juta daripada XFOX Market Holdings Sdn. Bhd. berikutan bantahan keras penyokong skuad Sang Penyu berhubung kontroversi status syarikat tersebut.

Perjanjian penajaan utama bagi TFC untuk mengharungi saingan Piala AFF Shopee itu baru dimenterai antara kedua-dua pihak pada kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd. Sabri Abas berkata, keputusan membatalkan penajaan tersebut dibuat dengan mengambil kira bantahan keras penyokong tegar skuad Sang Penyu berkenaan.

“Reaksi negatif yang timbul terutama di media sosial ekoran perjanjian penajaan tersebut telah menimbulkan suasana kurang sihat antara TFC, penaja dan penyokong.

“Sehubungan itu, TFC memutuskan untuk memulangkan semula wang tajaan RM1.5 juta yang sudah dilunaskan syarikat penaja (XFOX) sebelum ini,” katanya di Kuala Terengganu hari ini.

Sebelum ini, TFC dan XFOX pada Ahad lalu telah menandatangani persefahaman tajaan RM1.5 juta bagi skuad Sang Penyu menghadapi Piala AFF Shopee yang merupakan kejuaraan antara kelab peringkat ASEAN pada musim ini.

Penajaan itu menerima reaksi negatif selepas syarikat berteraskan perkongsian keuntungan berkenaan dikatakan berada dalam senarai tidak mematuhi peraturan Bank Negara Malaysia (BNM).

Mohd. Sabri berkata, pemulangan wang tajaan tersebut dibuat telah melakukan perbincangan dengan wakil penaja tanpa membuat sebarang tuntutan berbangkit akan dilakukan pada masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI