fbpx

Telur mata mungkin punca 2 maut, 33 keracunan – JAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menolak kemungkinan keracunan yang mengakibatkan dua termasuk kanak-kanak perempuan maut adalah disebabkan telur mata.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, beliau telah mengeluarkan arahan agar menghentikan perkhidmatan bekalan makanan disyaki mempunyai kaitan dengan kes kematian tersebut .

Katanya, arahan itu sehingga punca sebenar 33 orang guru mengalami sakit perut dan kematian dua individu terbabit diperolehi oleh pihaknya.

“Mungkin ada (kaitan telur mata tersebut) sebab makanan yang jadi punca sakit perut kepada 33 yang lain dibawa balik oleh ibu dan bapa mangsa.

“Saya dilaporkan ada kes melibatkan kematian yang boleh dikaitkan dengan peristiwa akibat makan makanan bermasak yang dibeli perkhidmatannya oleh JAIS untuk program amal islami di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Cincin.

“Saya telah menerima laporan semalam dan telah meminta bahagian pendidikan Islam untuk hentikan perkhidmatan bekalan makanan disyaki ada kaitan dengan kes ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan JAIS amat berdukacita atas apa yang berlaku dan menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas mengalami cirit-birit akibat makan makanan dibawa pulang dari sebuah program sekolah agama di Gombak, Sabtu lalu.

Mayat kedua-kedua mangsa telah dihantar ke Forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI