fbpx

Mangsa turbulence SIA ditawar pampasan RM47,230

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAWAT Boeing 777-300ER milik Singapore Airlines mendarat cemas di Bangkok pada 22 Mei lalu. – AFP

SINGAPURA –  Singapore Airlines menawarkan pampasan berjumlah  AS$10,000(RM47,230) kepada setiap penumpang yang cedera ringan semasa menaiki sebuah pesawatnya yang  dilanda golakan udara pada bulan lalu.

Syarikat penerbangan itu juga akan membincangkan pembayaran lebih tinggi kepada mereka yang mengalami kecederaan lebih serius.

Seorang lelaki Britain berumur 73 tahun meninggal dunia, manakala sebilangan penumpang lain dan kru Penerbangan SQ321 dari London itu cedera pada tengkorak, otak dan saraf tunjang semasa kemalangan berlaku.

Juruterbangnya melencongkan pesawat  jenis Boeing 777-300ER membawa 211 penumpang dan 18 kru itu ke Bangkok di mana mangsa yang cedera di bawa ke beberapa buah hospital tempatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Singapore Airlines berkata, pihaknya telah menghantar e-mel menawarkan pampasan AS$10,000 kepada penumpang yang cedera ringan.

“Kepada mereka yang mengalami cedera lebih serius pula, kami menjemput mereka untuk membincangkan pampasan bersesuaian untuk setiap situasi spesifik apabila mereka berasa cukup sihat dan bersedia berbuat demikian.

“Penumpang yang disahkan mengalami cedera parah dan memerlukan penjagaan kesihatan jangka panjang serta meminta bantuan kewangan telah ditawarkan bayaran pendahuluan sebanyak AS$25,000 (RM118,079) bagi menangani keperluan segera mereka.

“Ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan pampasan yang akan mereka terima,” kata kenyataan tersebut.

Sebagai tambahan, Singapore Airlines juga akan membayar balik harga tiket penumpang  Penerbangan SQ321 termasuk mereka yang tidak cedera.

Di bawah Konvensyen Montreal, syarikat-syarikat penerbangan perlu bertanggungjawab terhadap kecederaan atau kematian penumpang yang berada di dalam pesawat. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI