fbpx

Ribut petir di lima negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima kawasan seluruh negara sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat berserta ribut petir dijangka tertumpu di Raub, Bentong dan Rompin di Pahang.

“Cuaca buruk turut dijangka di beberapa kawasan di Selangor terutamanya di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Johor (Tangkak, Segamat, Muar Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

“Di Sarawak pula, cuaca buruk yang sama turut dijangka di Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Kapit (Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang sehingga pukul 6 petang ini,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI