fbpx

Ramai teruja Tengku Hassanal bersihkan sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Hassanal membersihkan kawasan sungai di Parit Fall, Cameron Highlands, Pahang.

PETALING JAYA – Kehadiran Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang mencemar duli menghadiri acara pembersihan sungai di Parit Fall, Cameron Highlands, Pahang mendapat pujian ramai.

Menerusi hantaran di laman rasmi House Of Pahang di Facebook, Tengku Hassanal membersihkan sungai dengan penuh semangat disertai rakyat yang turut turun padang bagi acara tersebut.

“Tengku Hassanal kemudian berkenan ke tapak permulaan sebelum bersama rakyat dalam menghilir sungai bagi acara membersihkannya.

“Sultan Pahang, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat dan melihat sendiri Tengku Hassanal membersihkan sungai bersama rakyat.

“Sayangi sungai kita, tempatkan sampah pada tempatnya. Mari bersama menjadikan kebersihan sebagai warisan budaya untuk generasi mendatang,” titah baginda dalam kenyataan.

Meninjau di ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.

“Terbaik Tengku. Alhamdulillah, ini contoh tauladan untuk anak-anak muda di luar sana. Anak raja pun sanggup menghilir bersihkan sungai,” komen @Mufir.

“Anak raja yang sangat baik hati dengan rakyat jelata. Semoga tengku sentiasa sihat selalu,” komen @riahbansang.

“Terbaik Tengku, saya tak pernah lagi singgah di situ, menarik juga tempat ini,” komen @acywinz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI