fbpx

PTP disenarai tangga kelima pelabuhan paling sibuk di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) kini tersenarai di tangga kelima pelabuhan kontena paling cekap di dunia.

PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) kini tersenarai di tangga kelima pelabuhan kontena paling cekap di dunia.

Menurut laporan daripada Indeks Prestasi Pelabuhan Kontena 2023 (CPPI), kedudukan PTP telah bertambah baik daripada tangga keenam me­ningkat ke tangga kelima.

Pelabuhan itu turut dinobatkan berada di tangga teratas di rantau Asia Tenggara.

Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, kejayaan berada di tangga kelima terbaik dunia ini telah menunjukkan bukti usaha PTP ke arah peningkatan daripada aspek tahap keselamatan, kecemerlangan operasi dan usaha berterusan dalam mengukuhkan rangkaian bekalan bagi membolehkan ia menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Sebagai salah satu pelabuhan terbaik di rantau Asia Tenggara, PTP bukan sahaja menguatkan status pelabuhan yang paling sibuk dan hab pemindahan penghantaran terbesar tetapi juga telah mengu­kuh kedudukannya sebagai pintu masuk perdagangan bagi seluruh rantau ini meskipun berdepan dengan cabaran.

“Kejayaan  ini adalah bukti pencapaian kami yang luar biasa dan kami sangat berbangga dengan usaha kami. Ia menunjukkan komitmen untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI