fbpx

Projek RTS Link: Anthony sedia beri taklimat kepada Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony (dua dari kanan) ketika sidang akhbar di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bersedia memberi taklimat khusus kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.

Anthony berkata, beliau menghormati Dr. Mahathir sebagai pemimpin negara, namun segala pandangan beliau mengenai projek berkenaan mesti berdasarkan fakta yang tepat.

“Saya tidak tahu sama ada beliau dapat maklumat benar atau tidak, saya hormati Tun (Dr. Mahathir) sebagai bekas Perdana Menteri.

“Tetapi biarlah bercakap berdasarkan fakta untuk menyatakan bahawa tidak ada pendedahan mengenai RTS, ini tidak betul.

“Kalau Tun mahu maklumat lengkap saya bersedia untuk bagi taklimat khusus kepada beliau,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan 57th Asean Senior Transport Offical Meeting (STOM), di sini hari ini.

Sebelum ini, Dr. Mahathir menerusi hantaran di Facebook mengulas mengenai projek RTS Link yang sedang rancak dibina.

Dr. Mahathir berkata, walaupun tidak mendengar banyak laporan mengenai projek berkenaan di dalam negara, namun beliau percaya sudah tentu ia tidak boleh dibina tanpa kelulusan Kerajaan Malaysia

Mengulas lanjut, beritahu beliau lagi, keputusan untuk membina semula projek RTS itu sebenarnya diluluskan ketika zaman pentadbiran Dr. Mahathir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI