fbpx

Preity Zinta tolak cinta sesama artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PREITY ZINTA

KALI terakhir muncul di layar perak sekitar enam tahun lalu, Preity Zinta bakal kembali membintangi sebuah filem baharu tidak lama lagi.

Bintang filem Kal Ho Na Ho yang bergandingan dengan Shah Rukh Khan itu mendedahkan sudah tiba masa aktif semula memandangkan dua anaknya semakin membesar.

Gembira menikmati kehidupan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengikut suaminya, Gene Goodenough, Preity memberitahu, dia bertuah membina rumah tangga dengan lelaki tersebut.

Jelasnya, dia tidak pernah jatuh cinta dengan rakan sekerjaya.

Aktres yang kini berusia 49 tahun itu tidak percaya terhadap cinta lokasi sehingga akhirnya bertemu jodoh dengan pegawai tertinggi sebuah syarikat gergasi di AS.

“Saya belum pernah bercinta dengan seorang aktor.

“Jadi hal yang logik adalah saya juga harus memiliki keluarga sendiri dan kemudian saya bertemu Gene,” ujarnya yang sudah lapan tahun bergelar isteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI