fbpx

Pesawat bawa Naib Presiden Malawi hilang, pencarian diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 6 Mei 2020 menunjukkan Naib Presiden Malawi, Saulos Klaus Chilima. – AFP ,

LILONGWE, Malawi –  Presiden Malawi, Lazarus Chakwera berkata semalam bahawa beliau akan menggunakan semua sumber negara dalam operasi mencari pesawat hilang yang dinaiki Naib Presiden Saulos Klaus  Chilima.  

“Saya tahu situasi sekarang memilukan. Namun, saya mahu memberi kepastian kepada anda bahawa saya akan menggunakan segala sumber yang ada untuk mencari pesawat ini. Saya benar-benar berharap kami akan menemui mangsa terselamat,” kata Chakwera.

Pesawat membawa Chilima, 50, bersama sembilan yang lain itu berlepas sejurus selepas pukul 3 petang (waktu Malaysia) semalam tetapi gagal mendarat kerana cuaca buruk, demikian menurut Chakwera.

Turut menaiki pesawat itu ialah bekas wanita pertama Malawi, Shanil Dzimbiri.

Rombongan tersebut berlepas dari ibu kota Malawi, Lilongwe dalam perjalanan sejauh  370 kilometer menuju ke bandar Mzuzu untuk menghadiri majlis pengebumian bekas seorang menteri.

“Setibanya di Mzuzu, juruterbang  tidak dapat mendaratkan pesawat akibat jarak penglihatan terhad disebabkan cuaca buruk. Pihak berkuasa aviasi meminta pesawat itu berpatah balik ke Lilongwe, namun terputus hubungan tidak lama kemudian,” kata Chakwera. 

Dalam perkembangan berkaitan, laporan belum disahkan menyebut bahawa beberapa saksi melihat sebuah pesawat terhempas di dalam sebuah hutan semalam. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI