fbpx

Pekerja pembersihan maut dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja pembersihan maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian berhampiran SMK Tebobon, Kota Kinabalu hari ini. - Foto BOMBA

KOTA KINABALU – Seorang pekerja pembersihan maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Musri Matali, 35, parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.08 pagi.

“Seramai 11 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus digerakkan ke tempat kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati dihempap pokok tumbang ketika melakukan kerja-kerja memotong rumput.

“Pasukan operasi bertindak memotong dahan-dahan pokok yang menghempap mangsa menggunakan gergaji berantai sebelum berjaya mengeluarkan lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI