SEBERANG PERAI – Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang dilaporkan cedera selepas dipercayai tertembak diri sendiri ketika menyertai latihan menembak di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira 9 pagi itu, mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Tambahnya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan selepas siasatan selesai dijalankan. -KOSMO! ONLINE