fbpx

‘Mustahil kembali bersatu tapi berbaik demi anak-anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADHI OAG

PETALING JAYA – Imej dan maruah tercalar gara-gara terpalit kes pukul bekas isteri, penyanyi Radhi OAG mengakui graf karier seninya merudum sehingga menjejaskan periuk nasi.

Ujar Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 47, banyak pihak jatuh hukum terlebih dahulu tanpa mengetahui cerita sebenar, sekali gus berfikir dua kali untuk menawarkan sebarang jemputan persembahan.

“Kes ini banyak memberi kesan terhadap karier saya, siapa yang mahu beri tawaran (persembahan) pada orang yang pukul perempuan kan.

“Ibaratnya orang dah jatuhkan hukuman kepada saya terlebih dahulu, tapi saya tak boleh salahkan sesiapa sebab itu persepsi masing-masing.

“Apa yang saya boleh selama ini pun hanya boleh bersabar, saya bukan sesiapa, saya bukan orang yang ada nama,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bertalu-talu dihambur caci maki dek kes tersebut, pelantun lagu Generasiku itu menegaskan mustahil dia akan kembali bersatu dengan bekas isterinya, namun tidak akan bermusuh demi kesejahteraan anak-anak.

“Perlu ada keadilan untuk saya, saya berhak bersuara juga, saya perlu pertahankan diri dan maruah saya.

“Berbaik dengan dia? Ya, kembali bersama? Mustahil. Dia pun dah sampai macam ini buat saya. Berbaik pun dah cukup untuk anak-anak .

“Jadi saya teruskan apa yang dia mulakan (laporkan), saya dah banyak bertolerasi terutama bila dituduh memukulnya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Seksyen dan Majistret Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Radhi hadir ke Kompleks Mahkamah Seksyen dan Majistret Petaling Jaya pagi ini bagi prosiding kes pukul bekas isterinya Nur Shahira Ayu Zahiri.

Pada Julai tahun lalu, Nur Shahira mengesahkan bahawa dia belum menarik semula laporan polis berhubung kes berkenaan berikutan terdapat beberapa perkara teknikal yang perlu diselesaikan.

Sebelum itu, pada prosiding kes 21 Jun tahun lalu, bagi menyelesaikan kes diluar mahkamah Nur Shahira telah meminta bekas suaminya untuk membayar sebanyak RM300,000.

Terdahulu, bapa kepada dua cahaya mata itu didakwa dengan sengaja mencederakan bekas isterinya pada 19 April 2022 kira-kira pada jam 2.29 petang di Kota Damansara, Selangor.

Justeru, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2000 atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, Radhi kemudian mengaku tidak bersalah di atas pertudahan tersebut.

Radhi dan Nur Shahira mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Aisyah,8, dan Muhammad,7. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI