fbpx

Malaysia gagal ‘kenduri’ gol ke atas Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Harimau Malaya, Paulo Josue (kuning, No. 17) menjaringkan gol kedua pasukan negara untuk tewaskan Taiwan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - FARIZ RUSADIO

BUKIT JALIL – Nasib Harimau Malaya untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 hanya akan ditentukan menerusi keputusan satu lagi aksi Kumpulan D antara Oman dan Kyrgyzstan, tengah malam ini

Selepas menang 3-1 ke atas Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi, Harimau Malaya mengharapkan ihsan Oman untuk tewaskan Kyrgyzstan dengan jumlah jaringan besar.

Seperti dijangka, Harimau Malaya turun dengan mentaliti menyerang namun sebaliknya buat Taiwan yang dilihat lebih selesa menanti peluang terbaik bagi mengatur asakan.

Sebaik aksi memasuki minit ke-20, kem negara sedikit tersentak apabila Yu Yao-Hsing berjaya mengambil kesempatan untuk meledak gol pertama perlawanan.

PENYERANG Taiwan, Yu Yao-Hsing (N0. 9) meraikan jaringan pertama pasukannya pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. – SHIDDIEQIIN ZON

Safawi Rasid menjadi pemain paling kecewa selepas mempersiakan sekurang-kurangnya enam peluang terbaik selepas majoriti percubaan dilakukannya melambung tinggi dan serong ke sisi gawang lawan.

Aspek penyudah terus mengecewakan Harimau Malaya ketika tindakan bijak Akhyar Rashid pada minit ke-41 yang melepasi perangkap offside sekali lagi gagal melakukan penyudah dengan lebih baik

Harimau Malaya memulakan babak kedua dengan langkah lebih positif apabila Akhyar berjaya merobek gawang lawan sebaliknya jaringan itu dibatalkan selepas dikesan berada di kedudukan offside.

Minit ke-53 Safawi yang mempersiakan deretan peluang di babak pertama akhirnya menghadirkan keceriaan buat penyokong negara apabila menghasilkan jaringan semangat untuk terus memberikan tekanan buat pelawat.

Selang 16 minit selepas itu, suasana dalam stadium terus bergema untuk meraikan jaringan kedua yang disempurnakan oleh bintang naturalisasi, Paulo Josue, diikuti gol ketiga menerusi pemain gantian Muhammad Adib Raop pada masa kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI