fbpx

Majlis Keselamatan sokong resolusi gencatan senjata Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Konflik di Gaza sejak Oktober lepas telah mengorbankan sebanyak 37,000 penduduk Gaza. – Getty Images

NEW YORK –  Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam meluluskan resolusi gencatan senjata tajaan Amerika Syarikat(AS), lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Resolusi tersebut meminta ‘gencatan senjata lengkap dan sepenuhnya’,  pembebasan tebusan oleh Hamas, pemulangan jenazah tebusan yang mati serta pertukaran tahanan Palestin.

Sebanyak 14 daripada 15 anggota Majlis Keselamatan mengundi menyokong resolusi dirangka AS itu kecuali Russia yang berkecuali.

Resolusi sama menyatakan,  Rejim Zionis turut bersetuju dengan  cadangan gencatan senjata Washington. Ia turut menggesa persetujuan Hamas.

Dalam keputusannya, Majlis Keselamatan hampir sebulat suara menyokong  pelan gencatan senjata tiga fasa itu seperti diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada 31 Mei lalu.

Keputusan tersebut  meningkatkan tekanan terhadap Israel dan Hamas supaya  menamatkan perang di Gaza.

Sesi pengundian itu berlangsung selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken bertemu  Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam usaha membina sokongan bagi perjanjian gencatan senjata tersebut.

Fasa pertama resolusi itu  melibatkan pertukaran tebusan Israel dan tahanan Palestin serta gencatan senjata jangka pendek.

Syarat kedua menyebut tentang pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza dan menamatkan permusuhan secara kekal. Fasa terakhir adalah merangka  pelan jangka panjang termasuk membina semula Gaza.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, lebih 37,000 penduduk Palestin terbunuh dengan kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak  sejak Israel melancarkan perang ke atas wilayah Semenanjung Gaza, Oktober tahun lalu. — AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI