fbpx

Lesen syarikat Pasadana Travel And Tours digantung 8 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan MOTAC di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat Pasadana Travel And Tours Sdn. Bhd. selama lapan bulan 12 hari berkuat kuasa mulai 20 April sehingga 31 Disember depan.

MOTAC dalam kenyataan memaklumkan, penggantungan lesen syarikat ini adalah selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] di bawah subseksyen 8(1)(b) iaitu pengusaha pelancongan berlesen melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen.

Jelasnya, ini termasuk melanggar mana-mana peruntukan akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira bahawa tiada pendakwaan dibawa bagi sesuatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran sedemikian.

“(Selain itu, melanggar) subseksyen 8(1)(d) iaitu telah menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara,” katanya hari ini.

MOTAC berkata, dalam tempoh penggantungan lesen ini, syarikat tidak boleh mengurus niaga apa-apa perniagaan baharu seperti mengiklankan pakej umrah dan mengambil jemaah baharu untuk mengerjakan umrah.

MOTAC turut memaklumkan, dalam tempoh penggantungan ini juga, syarikat tersebut dikehendaki memulangkan semula bayaran dan apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan syarikat.

“Sekiranya didapati syarikat melanggar syarat ini, tindakan pembatalan lesen boleh diambil dan tiada pembaharuan lesen akan dibenarkan setelah habis tempoh lesen,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI