fbpx

Lagi kes baharu keracunan kupang di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) menerima satu kes baharu keracunan makanan dipercayai berkaitan pengambilan kupang di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, pesakit lelaki berusia 34 tahun itu dimasukkan ke Hospital Alor Gajah pada 8 Jun lalu.

“Kita menerima satu kes baharu di Hospital Alor Gajah dipercayai berkaitan kes keracunan kupang, tetapi masih dalam siasatan Jabatan Perikanan.

“Pesakit dimasukkan ke wad pada Sabtu lalu, namun sudah sihat dan akan dibenrkan keluar dalam waktu terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! pada 2 April lalu melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) menerima lapan kes keracunan makanan dengan dua daripadanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Kesemua pesakit mengalami keracunan akibat memakan kupang yang dibeli di dua buah pasar di sekitar Port Dickson.

Hasil analisis sampel yang dijalankan di Makmal Biosekuriti Kuala Lumpur mendapati kupang dari perairan itu dicemari biotoksin dan tidak selamat dimakan.

Pada 5 April lalu Jabatan Perikanan turut mengeluarkan larangan memakan dwicangkerang di Melaka serta-merta sehingga pemantauan tahap keselamatan bacaan biotoksin berada di paras yang dibenarkan serta kupang disahkan selamat untuk dimakan.

Hasil analisis yang dijalankan oleh makmal Biosekuriti Jabatan Perikanan terhadap sampel kupang dan air yang diambil pada 3 April lepas dari Sebatu, Melaka menunjukkan kehadiran alga spesies Alexandrium yang berbahaya kepada kesihatan manusia.

Khamis lalu, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah dilaporkan berkata, analisis sampel air dan kupang mendapati kandungannya masih dicemari biotoksin berbahaya dan tidak dibenarkan untuk dimakan.

Menurutnya, bacaan toksin bagaimanapun sudah semakin berkurangan dan menghampiri kadar piawaian standard yang ditetapkan iaitu 800 per bilion (ppb). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI