TOKYO – Sebuah kuil di Jepun melarang pelancong Korea Selatan daripada mengunjungi rumah ibadat tersebut lapor portal berita Detik.com
Kuil Watatsumi itu terletak di Tsushima, Nagasaki, manakala jaraknya hanya 50 kilometer dari Korea Selatan.
Kuil itu terkenal dengan pintu gerbangnya yang indah dan sering dikunjungi oleh pelancong Korea.
Mereka hanya perlu menaiki feri yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam untuk berkunjung ke Watatsumi.
Antara punca pelancong Korea diharamkan adalah kerana pihak pengurusan sudah muak dengan perangai mereka.
Pelancong dari Korea Selatan dikatakan sering melanggar peraturan semasa berada di kuil tersebut.
Sebilangan mereka merokok dalam kawasan kuil dan membuang puntung rokok di merata-rata tempat.
“Sebagai kuil kecil, agak susah untuk menerima kehadiran pelancong Korea dalam jumlah yang besar dan mengawal sikap mereka yang tidak sopan.
“Kami tidak berniat memansuhkan larangan ini dalam masa terdekat dan kami sangat komited dalam mempertahankan dan melindungi kuil Watatsumi,” kata pihak pengurusan. – AGENSI