fbpx

KKM siasat kejadian keracunan makanan di Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKANISMAN (kiri) ketika mengadakan lawatan di PKD Pekan hari ini.

KUANTAN – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat kejadian keracunan makanan sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja dan seorang kanak-kanak di Gombak, Selangor, semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, perkara itu masih dalam semakan pihaknya.

“Kes ini akan dijawab oleh (pihak) kesihatan awam dan pihak ibu pejabat (KKM) akan mengeluarkan kenyataan.

“Perkara itu masih dalam semakan dan siasatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, di sini hari ini.

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Arrifin Mohamad Nasir mengesahkan dua maut masing-masing remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun akibat keracunan makanan dua hari selepas dipercayai menjamah bihun dan telur goreng.

Kejadian pertama pada Sabtu lalu, yang melibatkan pelajar berusia 17 tahun yang mana mangsa dikatakan makan juadah dibawa pulang oleh ibunya selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin, Gombak, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI