fbpx

‘Hanya kerana pangkat Datuk, semua kena ikut telunjuk dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ellie Suriaty (kiri sekali) menafikan hubungan bekas suami, Azri Iskandar denga Noora Kay berakhir dengan perpisahan kerana tiada keserasian.

PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty menafikan hubungan bekas suami, Azri Iskandar dengan Datuk Noora Kay berakhir dengan perpisahan kerana tiada keserasian.

Ellie atau nama lengkapnya, Ellie Suriaty Omar, 54, berkata, persiapan perkahwinan telah dibuat, namun pihaknya meminta untuk menangguh tarikh majlis disebabkan kesibukan jadual penggambaran Azri.

“Mewakili pihak lelaki kami minta tangguh kerana tidak mahu buat majlis dalam keadaan tergesa-gesa.

“Keluarga juga menasihatkan agar majlis perkahwinan dibuat dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru kerana menganggap perkahwinan itu satu detik yang sangat bermakna.

“Pada saya Datuk Noora Kay tidak sabar dan mahu semua perbincangan ikut kehendak dia termasuk dalam semua perbincangan. Pada saya itu bukan orang matang dalam perbincangan,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Pelakon filem Memoir Seorang Guru itu turut mengatakan keputusan untuk mengakhiri hubungan dengan Azri juga dibuat oleh Noora, 48, sendiri.

“Hanya kerana berpangkat Datuk, semua kena ikut telunjuk. Jangan cakap tidak serasi, tapi kata tiada jodoh,” katanya.

Dalam pada itu, Ellie turut meminta netizen tidak mengaitkan dirinya dan meminta untuk berbaik semula dengan Azri.

Katanya, perkara tersebut mustahil kerana sudah menganggap Azri sebagai saudaranya sendiri.

“Pada saya netizen suka begitu. Kami berpisah dalam keadaan baik dan saya sendiri sudah anggap Azri seperti saudara sendiri.

“Kami sudah menjalani kehidupan berumah tangga selama 19 tahun, jadi tolong beri kami ruang.

“Tidak semestinya perceraian itu membuatkan kita perlu bermusuhan dan bergaduh,” katanya.

Sebelum ini, Noora mengatakan hubungannya dengan Azri tidak kesampaian apabila percintaan mereka berakhir sekitar penghujung Mei lalu.

Noora mengatakan punca perpisahan itu disebabkan dia dan Azri tidak mempunyai keserasian sebaai pasangan hidup untuk bergelar suami isteri.

Untuk rekod, Azri dan Ellie bercerai talak satu pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15 tahun.

Noora merupakan seorang ahli perniagaan dan berstatus ibu tunggal dengan dua cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI