fbpx

Fleet card SKDS ada had isian liter – MOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hui Ying ketika melancarkan Forum Dasar Cukai Malaysia ke-4 di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan ada had atau kuota isian liter bagi ‘fleet card’ membabitkan 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, had itu akan ditetapkan dalam kapasiti liter dan bukannya berdasarkan amaun.

Bagaimanapun, katanya, pengumuman terperinci mengenai perkara itu akan dibuat oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kelak.

“Memang ada had isian liter dan bukannya berdasarkan amaun. Saya fikir biar Menteri Kewangan II umumkan.

“Buat masa ini, had itu belum ditentukan lagi,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Dasar Cukai Malaysia ke-4, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI