fbpx

Euro 2024: Isyarat Itali pertahan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ITALI meraih kemenangan pada aksi terakhir pemanas badan sebelum ke saingan Euro apabila berjaya menewaskan Bosnia awal pagi semalam. - AFP

EMPOLI – Juara bertahan, Itali dilihat sudah cukup bersedia untuk menghadapi saingan Euro 2024 selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Bosnia Herzegovina pada aksi pemanas badan di Stadium Carlo Castellani awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad kendalian Luciano Spalletti menampilkan aksi cukup baik dengan menguasai bahagian tengah padang dan berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi Davide Frattesi pada minit ke-38.

Spalletti menyuarakan rasa kagum terhadap ‘enjin’ tengah pasukan yang dibarisi Jorginho dan Nicolo Fagioli apabila banyak membantu pasukan ketika melancarkan serangan ke arah pintu gol lawan.

“Mereka melakukan tugas yang sangat baik, lebih-lebih lagi dengan kemampuan untuk menggerakkan bola ke segenap arah biarpun dalam ruang kecil. Pergerakan pasukan lebih lancar dengan kehadiran mereka.

“Keadaan itu membolehkan kami memberi tekanan kepada pasukan lawan menerusi hantaran-hantaran berbahaya dalam kawasan mereka walaupun adakalanya Bosnia masih mampu melakukan asakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau masih dapat mengesan beberapa kelemahan yang ada dalam permainan Azzurri dan sedia untuk memperbaikinya sebelum mereka berdepan Albania pada aksi sulung Kumpulan B 16 Jun ini.

“Secara keseluruhan, satu perlawanan yang bagus tetapi masih ada kelemahan dari segi kemahuan dan tenaga. Kami juga sering melakukan hantaran ke belakang dan ia boleh memberi masalah kepada pasukan,” ujar Spalletti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI