fbpx

Euro 2024: Corak menyerang pilihan Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JERMAN mahu memanfaatkan aksi di laman sendiri bagi memastikan kejayaan menjulang gelaran Euro kali ini. - AFP

MUNICH – Corak permainan lebih menyerang menjadi pilihan buat pengendali Jerman, Julian Nagelsmann ketika misi digalasnya cukup besar bagi memulihkan reputasi pasukan pada pentas Euro 2024 kali ini.

Memandangkan penganjuran kali ini dilangsungkan di Jerman, Nagelsmann turut memikul tanggungjawab besar bagi menamatkan penantian 28 tahun dengan lebih manis untuk bergelar juara di depan penyokong sendiri

“Cita-cita yang normal adalah untuk memenangi pertandingan ini, sama seperti dalam kejohanan lain. Mungkin bukan masa sesuai untuk mengatakan kami akan jadi juara Eropah, tetapi itulah idea sebenar kami sekarang.

“Jika kami berikan segala-galanya, ia boleh berlaku kerana ketika ini sudah ada jangkaan yang mengatakan kami akan dapat lakukan lebih baik berbanding apa pernah kami tunjukkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Penyokong juga teruja untuk menyaksikan kejohanan ini di tempat sendiri dan ia akan memberikan cabaran besar buat kami. Ini adalah kali kedua Jerman jadi tuan rumah dan kami mahu lihat kegembiraan berbanding terlalu memikirkan tentang tekanan,” katanya.

Untuk rekod, Die Mannschaft sebelum ini berdepan isu prestasi selepas gagal melepasi peringkat kumpulan pada dua edisi Piala Dunia sebelum ini dan hanya mampu mara ke pusingan 16 pada penyertaan di Euro 2020.

Dalam masa sama, Nagelsmann mengakui dia terpaksa melalui situasi berbeza berbanding pengalamannya melatih kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI