KULIM – Kira-kira empat mangsa dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan 13 kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 21 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba, Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.37 pagi tadi.
“Sebaik tiba di lokasi didapati kemalangan melibatkan 13 kenderaan pelbagai jenis dan semua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam.
“Empat mangsa termasuk seorang wanita dikejarkan ke Hospital Kulim menggunakan ambulans,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE