fbpx

Dalam fasa sekarang, ada yang ambil kesempatan – Ustaz Don

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Don (kanan) dan akaun media sosial palsu (kiri) yang didakwa menggunakan namanya.

PETALING JAYA – “Ini bukan akaun sebenar Ustaz Don. Dalam fasa sekarang, ada sahaja pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.”

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal di akaun Instagram miliknya, hari ini.

Ia susulan kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan namanya bagi meraih ramai pengikut.

“Jadi, diminta kepada semua agar tidak terpedaya dengan posting (hantaran) yang dikeluarkan oleh pihak tidak sepatutnya.

“Sebarang kemas kini dan sumber sahih hanyalah di akaun rasmi kami sahaja,” katanya.

Terdahulu, Ustaz Don dilapor direhatkan daripada mengendalikan sebuah program susulan pertikaian orang ramai membabitkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang diceritakan beliau ketika bersiaran di konti sebuah stesen radio sehingga mengundang kritikan pelbagai pihak.

Selain itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan status hadis riwayat cinta pertama Rasulullah SAW berkaitan kisah Ummu Hani’ di mana penceritaan Ustaz Don dianggap lemah dan hadis digunakan adalah tidak bersumber. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI