fbpx

Bot tunda Singapura ditahan berlabuh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOT tunda Singapura bersama tongkang ditahan selepas disyaki berlabuh secara haram di kedudukan lebih kurang 3.5 batu nautika barat Pulau Harimau pagi tadi.

MERSING – Sebuah bot tunda Singapura bersama tongkang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing selepas disyaki berlabuh secara haram di kedudukan lebih kurang 3.5 batu nautika
barat Pulau Harimau pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, bot tunda bersama tongkang tersebut ditahan oleh pasukan peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Jaksa dan Op Tiris kira-kira pukul 11 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua buah jentera daripada Singapura itu disyaki telah melakukan kesalahan kerana tidak melaporkan ketibaan dan bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Pemeriksaan ke atas dokumen pula mendapati, kesemua tujuh kru daripada kedua-dua bot tersebut merupakan warga Indonesia berumur dalam lingkungan 25 hingga 54 tahun termasuk nakhoda.

“Ekoran itu nakhoda dan ketua jurutera dibawa ke jeti Maritim Mersing untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat
Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI