fbpx

Berbaloi berbelanja besar nikmati menu lazat di Gordon Ramsay Street Pizza 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai menu di Restoran Gordon Ramsay Street Pizza bukan sahaja dapat memenuhi cita rasa pencinta pizza tetapi juga kepada semua daripada kanak-kanak hingga warga emas.

PETALING JAYA – Peminat pizza yang mahu mencari kelainan untuk menikmati hidangan lazat, segar dan menarik di bawah jenama bertaraf antarabangsa, boleh berkunjung ke Gordon Ramsay Street Pizza yang terletak di pusat beli-belah Sunway Pyramid.

Outlet yang telah beroperasi sejak September tahun lalu itu pastinya menampilkan pelbagai menu lazat yang dapat memenuhi selera pelanggan bukan sahaja golongan dewasa tetapi juga kanak-kanak.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, Gordon Ramsay Street Pizza sentiasa berinovatif untuk menghasilkan menu lain daripada yang lain dan kini ia telah melancarkan beberapa menu terbaharunnya dengan dilengkapi dengan pembuka selera hidangan ala carte, pencuci mulut dan juga minuman yang menyelerakan.

“Kami telah membuat pembaharuan dalam menu pizza ala carte dengan lebih kreatif bertatahkan topping premium yang segar.

“Salah satu pizza terbaharu yang diperkenalkan adalah  Next Level yang dilengkapi dengan kepingan paha ayam Cajun yang lembut, bawang merah, lada hijau digabungkan dengan daging lembu yang menyelerakan selain dilimpahi dengan keju dan jaggery (gula melaka) untuk menampilkan cita rasa tempatan serta sos kunyit.

“Pelanggan juga memiliki pilihan untuk menikmati pizza Londoner yang mempunyai asas tomato klasik dan gabungan daging lembu yang menyelerakan, Nduja, salami import serta keju burrata berkrim.

“Kami jangkakan kedua-dua pizza baharu ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan kerana rasanya yang luar biasa,” jelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sunway Resorts Hotel baru-baru ini.

Selain itu, Gordon Ramsay Street Pizza juga menambah beberapa menu tambahan yang sesuai untuk dikongsi dengan keluarga, rakan dan orang tersayang mengikut pilihan dan cita rasa masing-masing seperti smoked chicken salad dan golden fried chicken.

Menu Golden Fried Chicken itu adalah hasil perapan ayam dalam termpoh tertentu sebelum digoreng dan boleh dicicah dengan sos mayonis berkrim serta sos cholula panas yang akan menawarkan gabungan rasa unik hasil olahan bakat dari  Mexico.

Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati pasta lasagna daging lembu klasik yang berlapis-lapis dengan rasa luar biasa kerana ia hanya akan dimasak ketika pesanan dibuat untuk memberikan rasa yang menyelerakan sewaktu masih panas.

Mengenai pencuci mulut pula, outlet Gordon Ramsay Street Pizza juga bakal memenuhi pencinta menu manis, lemak dan berkrim seperti puding toffee sticky yang dilengkapi dengan aiskrim vanilla dan sos gula-gula melekit. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI