fbpx

Tambang bas sekolah mungkin naik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah van sekolah menunggu pelajar pulang dari sekolah di Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru disini. Foto - RAJA JAAFAR ALIKOSMO!

JOHOR BAHRU – Pemilik bas sekolah tidak menolak kemungkinan akan menaikkan tambang disebabkan kenaikan harga diesel sebanyak RM3.35 seliter hari ini berbanding RM2.15 seliter sebelum ini.

Mereka menyifatkan kenaikan tersebut terlalu tinggi dan membebankan di kala keadaan ekonomi yang masih tidak stabil.

Seorang pemandu van sekolah di Johor, Susilah Abdullah 32 berkata, kenaikkan harga diesel ini boleh menyebabkan tambang sekolah dinaikkan kerana menampung kos bahan api.

Menurutnya, kenaikkan tersebut naik terlalu tinggi berbanding harga asal RM2.15 seliter.

“Kenaikan harga diesel sudah dijangka tapi terkejut kerana kenaikkan terlalu tinggi, saya jangkakan mungkin naik sedikit.

“Kalau harga diesel dah naik sudah tentu tambang sekolah akan turut naik, tetapi kena tunggu berapa sepatutnya tambang yang sesuai untuk dinaikkan,” katanya kepada Utusan.

Jelasnya, tambang sekolah yang dikenakan berlainan mengikut jarak rumah ke sekolah.

Seorang lagi pengguna Epindi Husain 59 berkata, kenaikkan bahan bakar ini sudah akan menaikkan lagi bahan binaan.

Dia yang bekerja sendiri dengan membuat kerja-kerja ubah suami rumah terpaksa akur dengan kenaikkan ini dan sudah tentu harga bahan binaan akan naik. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI