fbpx

Swiatek ratu gelanggang tanah liat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK (tengah) berjaya menjuarai Terbuka Perancis buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Paolini 6-2, 6-1 kelmarin. - AFP

PARIS – Pemain No. 1 dunia, Iga Swiatek menepati ramalan apabila melakar gelaran hatrik Terbuka Perancis selepas menewaskan pilihan ke-12, Jasmine Paolini dengan keputusan straight-set 6-2, 6-1 dalam aksi final di Stadium Roland Garros, Paris kelmarin.

Pada perlawanan itu, Swiatek hanya memerlukan masa 68 minit untuk menjulang trofi Roland Garros keempat dalam kariernya sekali gus menyamai rekod yang dilakukan oleh legenda tenis dunia seperti Justine Henin, Chris Evert dan Steffi Graf.

Kata Swiatek, kemenangan tersebut menjadi saksi bahawa Terbuka Perancis adalah saingan Grand Slam kegemarannya dan berharap dapat mengekalkan rekod kebal di Roland Garros untuk tempoh yang panjang.

“Saya sangat gembira apabila menang di sini buat kali ketiga berturut-turut dan keempat dalam karier. Secara jujur, saya sangat selesa dengan gelanggang Roland Garros dan menanti setiap detik untuk kembali ke sini sepanjang musim.

“Saya teruja dapat melakar kemenangan straight-set tetapi pujian juga wajar diberikan kepada Paolini yang berjaya mempamerkan prestasi konsisten untuk melangkah ke pentas final. Namun, nasib tidak memihak kepada anda kali ini,” katanya.

Sementara itu, Paolini mengakui Swiatek layak dilabel ‘ratu’ gelanggang tanah liat selepas mudah mendominasi saingan Terbuka Perancis sebanyak empat kali dalam tempoh lima tahun.

“Saya percaya bukan saya seorang merasai perasaan ini, namun menentang Swiatek di Roland Garros adalah cabaran terbesar buat kami.

“Apa yang pasti, saya sangat bangga dengan apa yang saya tempuhi sejak dua minggu lepas dan ini adalah detik terbaik dalam karier saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI