fbpx

Sekejap Tiz sekejap Riena, siapa sebenarnya kekasih Keith Foo?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Riena dan Keith dikatakan sedang hangat bercinta namun peminat menebak mereka sekadar bercinta dalam drama terbaharu.

PETALING JAYA – Pengakuan pelakon Riena Diana dan Keith Foo yang dikatakan sedang hangat bercinta mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan peminat mengenai kesahihan hubungan mereka.

Perkara itu timbul kerana terdapat pengguna media sosial yang mengatakan tindakan kedua-dua pelakon terbabit hanyalah untuk mempromosikan drama bersiri Salju Rindu untuk siaran TV3.

Malah, netizen turut mengakaitkan nama pelakon Tiz Zaqyah merupakan kekasih Keith yang sebenar.

“Bukan ke Keith Foo bercinta dengan Tiz Zaqyah? Dah putus ke?

“Ini untuk drama atau betul?” soal netizen.

Bagaimanapun netizen juga tidak menolak bahawa hubungan Keith dan Tiz Zaqyah sekadar teman rapat berdasarkan kenyataan aktor tersebut dalam satu siaran langsung dalam TikTok.

“Hari itu Keith Foo ada live di TikTok, ada orang kata pasal Tiz, Keith Foo kata dia dengan Tiz tiada apa-apa. Media yang buat cerita.

“Betul. Saya pun ada dalam live mereka masa itu.

“Aku tak rasa sekadar kawan. Mereka datang Sarawak lain macam ambil gambar,” tulis netizen di ruangan komen Instagram.

Sebelum ini Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, mengatakan hubungan istimewa dengan Keith Foo baru terjalin sejak kedua-duanya terbabit penggambaran drama tersebut.

Riena juga mengharapkan agar orang ramai dapat mendoakan agar hubungan cinta mereka kekal selamanya.

Dia juga mengakui Keith memiliki personaliti yang menyenangkan dan penyayang selain tidak menghiraukan status duda anak satu.

“Keith seorang lelaki yang baik dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain.

“Saya tahu mengenai statusnya (duda anak satu) dan ia bukan satu masalah untuk saya memandangkan kami sedang menguruskan perkara ini,” katanya.

Untuk rekod, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak perempuan bernama Skylar, 7.

Mereka bagaimanapun memutuskan bercerai secara baik pada hujung 2019.

Sementara itu, Riena pula mendedahkan hubungannya dengan kekasihnya, Nik Afiq berakhir pada penghujung tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI