fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Lembah Klang malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa tempat di Lembah Klang sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, ribut petir dijangka tertumpu di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Cuaca buruk turut dijangka di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong).

“Ribut petir berserta hujan lebat turut diramalkan di Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan, diikuti Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi),” katanya.

Sementara itu, di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Marudi).

“MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir di Sabah, melibatkan Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat sehingga pukul 9 malam ini,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI