fbpx

Polis wanita bakar suami suka berjudi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhilatun Nikmah kini ditahan dan sedang mendapatkan rawatan psikiatri. - Enggran Eko Budianto

JAKARTA – Seorang anggota polis wanita Indonesia nekad membakar suaminya hidup-hidup kerana lelaki berkenaan suka berjudi, lapor portal berita Kilat.com hari ini. 

Kejadian berlaku di kediaman pasangan suami isteri itu di Kota Mojokerto, wilayah Jawa Timur pagi kelmarin. 

Suspek bernama Fadhilatun Nikmah dilaporkan membakar suaminya yang juga seorang anggota polis, kerana mangsa sering menghabiskan duit gajinya bermain judi online. 

“Dia kerap menghabiskan wang belanja yang seharusnya digunakan untuk menyara hidup tiga anak kami.

“Malah, gaji itu dilaburkan untuk permainan judi online,” kata Fadhilatun.

Fadhilatun mengaku dia sukar mengawal kemarahan selepas mengetahui gaji mangsa hanya berbaki 800 ribu rupiah (RM231.71) akibat berjudi. 

Pegawai polis tempatan, Daniel S Marunduri berkata, mangsa cedera parah dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pukul 12.55 tengah hari (waktu tempatan) semalam.

“Dia mengalami melecur sehingga 90 peratus dan nyawanya tidak dapat diselamatkan,” kata Daniel seperti laporan laman berita Detiknews.

Lebih mengejutkan apabila suspek sempat memohon maaf kepada mangsa atas perbuatannya itu semasa di hospital. 

Suspek dipercayai mengalami trauma dan sedang mendapatkan rawatan psikiatri.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI