fbpx

Nafas umum kadar dividen skim pelaburan khas DPK 9 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad (dua kanan) ketika mengumumkan kadar dividen Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) Dana Peladang Kebangsaan (DBK) di Hotel Palm Garden, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengumumkan kadar dividen Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) Dana Peladang Kebangsaan (DPK) sebanyak sembilan peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bagi tempoh sama, DPK mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM16.2 dengan keseluruhan agihan dividen dan bonus sebanyak RM12.2 juta, manakala peratusan agihan ialah 76 peratus daripada keuntungan bersih.

Menurutnya, kadar dividen berkenaan melibatkan enam peratus dividen dan tiga peratus bonus untuk pelaburan RM50,000 pertama.

“(Kadar) dividen (yang diumumkan) ini lebih tinggi daripada badan-badan lain misalnya EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan kita harap Nafas akan terus meningkatkan prestasi pada masa akan datang.

“(Nafas) bukan mencapai keuntungan kerana dilindungi oleh kerajaan tetapi kita mahu ia menjadi satu badan yang kompetitif dan boleh bersaing dengan badan-badan swasta lain yang terlibat dalam perniagaan, tidak kurang dan tidak berlaku ketirisan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pengumuman Dividen SPKP Dana Peladang Kebangsaan Tahun 2023 di sini hari ini.

Pada majlis sama, turut diumumkan satu peratus hibah untuk Akaun Simpanan Biasa Al-Wadiah DPK dengan jumlah keseluruhan komitmen bayaran sebanyak RM12.2 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI