fbpx

Korea Utara hantar lagi belon sampah gaya ‘Crash Landing on You’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR 9 Jun lalu menunjukkan sampah bertaburan di sebatang jalan di Seoul, dipercayai berasal daripada sebiji belon Korea Utara yang pecah. – AFP  

PYONGYANG – Korea Utara semalam menghantar pusingan baharu belon sarat berisi sampah sarap ke arah Korea Selatan, kata tentera Seoul.

Perkembangan itu berlaku selepas kumpulan aktivis anti-Pyongyang di Korea Selatan menerbangkan sejumlah belon berisi risalah menentang pemimpin tertinggi, Kim Jong-un merentasi sempadan kedua-dua negara.

“Korea Utara sekali lagi mengapungkan belon-belon membawa sampah ke arah Selatan,” kata Ketua-Ketua Staf bersama dalam satu kenyataan sambil menasihati orang ramai supaya melaporkan penemuan  belon itu kepada pihak berkuasa dan tidak menyentuhnya.

Pentadbiran bandar raya Seoul, di samping pegawai-pegawai wilayah Gyeonggi turut menghantar mesej kewaspadaan serupa kepada penduduk awam mengenai belon Pyongyang  kelmarin.

Korea Utara menghantar beratus-ratus biji belon berisi sampah sarap dalam dua gelombang ke Korea Selatan pada minggu lalu sebagai membalas penghantaran belon propaganda anti-Pyongyang yang dihantar oleh jirannya.

Sebuah kumpulan Korea Selatan dinamakan Pejuang untuk Pembebasan Korea Utara berkata, mereka menghantar 10 belon mengandungi muzik K-pop bersama 200,000 risalah mengecam pemerintahan Jon-un pada minggu lalu.

Sebuah kumpulan lain terdiri daripada pembelot-pembelot Korea Utara mengapungkan 10 belon pada Jumaat lepas yang membawa 100 radio mini, 200,000 risalah anti-Pyongyang dan pemacu kilat mengandungi ucapan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI