fbpx

Jangan nilai saya ketika kalah – Jojo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOJO meraih pengalaman berharga ketika tewas kepada petarung berusia 35 tahun dari Vietnam kelmarin.

JAGUH muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar tekad melaungkan keyakinan untuk bangkit selepas mengalami kekalahan pertama dalam ONE Championship ketika tumbang kepada Nguyen Tran Duy Nhat di Bangkok, Thailand kelmarin.

Pada pertarungan yang berlangsung di Impact Arena itu, Johan yang mesra disapa Jojo tewas menerusi keputusan pengadil selepas tiga pusingan, sekali gus mencalarkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan terdahulu.

Kata petarung berusia 18 tahun itu, menang dan kalah merupakan adat pertandingan selain sedia membuktikan kemampuan sebenar menjelang pertarungan seterusnya selepas ini.

“Saya pernah kalah sebelum ini. Kekalahan juga merupakan sebahagian daripada hidup. Jangan nilai saya ketika kalah, anda perlu melakukannya ketika saya bangkit daripada kekalahan ini,” katanya.

Meskipun tewas pada perlawanan itu, namun Jojo tetap menampilkan aksi terbaik apabila memberikan tentangan sengit kepada petinju berpengalaman berusia 35 tahun berkenaan menerusi tumbukan dan tendangan padu.

Pada masa sama, Jojo mengakui sukar untuk mencari kelemahan Tran Duy sepanjang pertarungan tersebut apabila menganggap lawannya seorang petarung teknikal berdasarkan pengalaman dimiliki.

“Saya sangat kecewa kerana Nguyen (Tran Duy( adalah petarung yang sangat teknikal dan berpengalaman. Dia seolah-olah sudah tahu apa yang akan berlaku sebelum apa-apa terjadi,” ujarnya.

Sementara itu, jurulatih Jojo, Addy Sipangyak berkata, anak buahnya akan memperbaiki segala kelemahan yang dikesan dalam pertarungan tersebut bagi memastikan aksi lebih baik untuk pertarungan seterusnya.

“Selepas menamatkan misi ini, kita akan berehat selama tujuh hari. Kemudian, kami akan kembali berlatih dan memperbetulkan setiap kelemahan yang dijumpai sebelum pertarungan akan datang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI