fbpx

Industri halal negara sumbang 7.5 peratus kepada KDNK tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Pembangunan Industri Halal Bil.1/2024 di Movenpick Hotel and Convention, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

SEPANG – Kadar sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kadar (KDNK) mencecah 7.5 peratus pada tahun lalu dan menghampiri 8.1 peratus seperti disasarkan pada 2025.

Angka terbaharu itu didedahkan pada Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal Bilangan 1/2024 dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kadar sumbangan industri halal itu terkandung dalam status pencapaian pelaksanaan Halal Industry Plan (HIMP) 2030 yang dibentangkan pada mesyuarat hari ini.

Menurutnya, sebanyak 9,162 buah syarikat yang mendapat sijil halal dengan nilai eksport produk halal direkodkan berjumlah RM53.7 bilion dengan jumlah syarikat pengeksport sebanyak 1,472 buah.

“Saya telah mengarahkan agar langkah bersepadu dilaksanakan bagi mempertingkat penyertaan syarikat ke dalam industri halal dengan mendapatkan pensijilan halal bagi memangkin daya eksport domestik dan antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, mesyuarat hari ini turut memaklumkan bahawa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) akan dianjurkan di luar negara buat kali pertama dengan ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dubai sebagai destinasi pertama.

Ahmad Zahid berkata, ia akan dianjurkan pada 18 hingga 20 November ini dan menyasarkan jumlah jualan keseluruhan sebanyak RM1 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI