fbpx

Ibu Zayn Rayyan dibawa semula ke rumah, lokasi mayat ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempat terakhir Zayn Rayyan didakwa bermain sebelum berjalan ke tangga bersama ibunya,.

PETALING JAYA – Ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang berada dalam tahanan reman dibawa semula ke kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, hari ini.

Dia dipercayai dibawa ke blok R untuk melakonkan semula kejadian kehilangan Zayn sehingga mayatnya ditemui pada 6 Disember lalu.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak, namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

Setakat ini tiada maklumat diperoleh mengapa bapa Zayn Rayyan tidak dibawa ke lokasi bersama isterinya.

Wanita tersebut dibawa ke lokasi kediamannya di Blok R pada sekitar pukul 10.15 pagi tadi.

Kelmarin, media melaporkan terdapat percanggahan keterangan daripada saksi dan ibu bapa Zayn Rayyan berkaitan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya sedang menjalankan pelbagai usaha dalam lengkapkan kertas siasatan.

Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan sambung reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan sehingga Rabu ini (12 Jun) bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar 10 malam.

Mayat mangsa ditemukan oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya selepas dilaporkan hilang.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI